Wednesday, December 26, 2018


      PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum dan masyarakat. Antaranya ialah masyarakat Melayu, India, Cina dan Sabah Sarawak. Pelbagai adat dan budaya yang dapat kita pelajari daripada masyarakat yang pelbagai kaum ini. Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat dan belajar pelbagai jenis tarian yang ditarikan oleh setiap kaum. Contohnya, tarian mokyong oleh kaum melayu, tarian kipas oleh kaum cina, tarian bhrata natyam oleh kaum india and tarian ngajat dan sumazau oleh Sabah dan Sarawak.

Tarian bermaksud satu seni pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian dipersembahkan oleh setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan yang tersendiri.

Bagi pendapat kami, tajuk ini merupakan satu tajuk yang sangat menarik untuk dipelajari dan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang tarian tradisi kaum di Malaysia dan oleh sebab itu, saya dan rakan saya memilih tajuk ini sebagai pelengkap pengajian kami. 


STUDENT NURSE
MADHU MATHI

STUDENT NURSE
SITI AIMI ASYIKIN

Sebagai permulaan, saya akan ceritakan tarian kaum Melayu terlebih dahulu iaitu tarian Makyong. 

Related image




Sejarah awal mengatakan bahawa Mak Yong berasal dari Pattani namun tidak dapat dipastikan tarikh dan pengasas sebenar tarian ini. Tarian Makyong ini dikatakan berkembang masuk ke Kelantan sejak 200 tahun dahulu. Di Pattani, seni Mak Yong yang halus serta indah ini telah mengalir dalam diri setiap rakyat Pattani dan diwarisi dari generasi ke generasi. Mak yong kemudiannya turut memasuki negeri-negeri lain seperti Terengganu, Kedah dan perlis bahkan turut sampai ke negara Indonesia.

Image result for TARIAN MAKYONG

Mak Yong merupakan seni tari yang menggabungkan unsur-unsur ritual dan lakonan serta vokal musik dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Mak Yong ini juga dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi dan dipentaskan di pementasan Diraja di bawah naungan kesultanan Kelantan sehingga tahun 1920-an. Kebiasaanya, pembukaan persembahan seni tari Mak Yong akan dimulai dengan persembahan lagu ‘Mengadap Rebab’ yang seterusnya akan diikuti dengan lagu, lakonan dan tarian. 

Ada sesetengah sejarawan telah memberikan pandangan mereka tentang maksud perkataan Mak Yong. Watak utama dalam Mak Yong dipegang oleh wanita yang mana lebih sinonim dengan perkataan ‘Mak’. Manakala, ‘Yong’ bermaksud pahlawan dalam bahasa Pattani lama. Gabungan kedua perkataan ini terhasilnya Mak Yong. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada seni persembahan Mak Yong berasal daripada rakyat ataupun raja.

Apa yang pasti, Mak Yong ini dipersembahkan dalam istana sehingga tahun 1920 dan sering juga dipertontonkan kepada orang ramai dalam majlis-majlis tertentu. Mak Yong juga turut dikaitkan dengan dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang dan ada juga yang percaya bahawa tarian ini dicipta oleh makhluk yang dikenali sebagai Semar.

Image result for TARIAN MAKYONG

Alat muzik yang biasa digunakan dalam persembahan Mak Yong ialah Rebab, dua biji Gendang ibu dan anak, dua biji Gong ibu dan anak, serta biola untuk mengiringi tarian dan joget para penari Mak Yong. Penari mak Yong juga akan mengenakan pakaian yang berhias cantik. Setiap satu persembahan biasanya akan memakan masa selama tiga jam yang berterusan untuk beberapa malam kerana jalan cerita Mak Yong merupakan cerita yang agak panjang. 

Tema yang biasa digunakan dalam Mak Yong ialah mitos percintaan anak-anak raja dan dewa-dewa, kisah pengembaraan dan juga kehidupan di istana. Sesetengah masyarakat juga menganggap cerita Mak Yong ada kaitan dengan alam dunia dan alam ghaib yang mana penonton akan dibawa untuk meneroka kehidupan di bumi, di laut dan di kayangan. Masyarakat Kelantan percaya, Mak Yong sering menyelitkan peristiwa-peristiwa ghaib tentang dewa-dewa dan pengembaraan mereka.

Seni tari Mak Yong ini juga semakin tenggelam kerana tidak ramai anak muda yang berminat untuk mempelajari seni tarinya. Menyedari akan kepentingan untuk memelihara warisan tradisi ini serta memulihkan kembali pandangan negatif masyarakat terhadap penari Mak Yong, terdapat pihak-pihak yang berusaha sekerasnya untuk menghidupkan kembali nilai seni asli dalam persembahan Mak Yong. Seni tari Mak Yong ini juga diharapkan dapat dikembangkan kepada generasi yang akan datang khususnya dalam masyarakat Kelantan.

Seterusnya, kita masuk kepada tarian kaum cina iaitu Tarian Kipas

Image result for TARIAN KIPAS


Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak. Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana sering ditarikan pada majlis-majlis perkahwinan diraja. Penari-penarinya terdiri daripada wanita. Jumlah penari-penari antara 2 hingga 6 orang. Setiap penari memegang dua buah kipas. Penari-penari biasanya memakai baju kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan bunga yang disanggul. Kadangkala penari akan memakai selendang panjang yang disemat pada bahu.

        Namun begitu, terdapat juga tarian kipas yang memerlukan 9 orang ahli iaitu 7 orang wanita dan 2 orang lelaki.Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina yang menunjukkan dewa-dewi pada masa dulu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan mereka. Tambahan pula, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina iaitu mempercayai ‘feng shui’. ‘Feng shui’ merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu petanda baik dan buruk terhadap kehidupan mereka. Oleh itu, tarian ini dimainkan supaya dapat membawa kebaikan kepada seluruh anggota masyarakat.

Tarian seterusnya ialah tarian kaum india. Tarian tersebut diberi nama TARIAN BHARATHANATYAM. 

Image result for Bharatanatyam



Bharathanatyam adalah tarian tradisional masyarakat India dari Tamil Nadu, IndiaTeknik tarian bharathanatyam adalah berasaskan teks Natya Sastra yang dianggap sebagai manual rasmi bagi semua seni drama, tarian dan muzik tradisional di negara India. Natya Sastra ditulis oleh Bharatha Muni lebih 2500 tahun dahulu.

Pada asalnya, bharathanatyam hanya ditarikan oleh devadasi iaitu golongan gadis yang menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin sepanjang hayat. Golongan devadasi membuat persembahan bharathanatyam di kuil untuk menunjukkan cinta mereka terhadap dewa yang dipuja.

Mengikut peredaran zaman, bharathanatyam mula menjadi persembahan pentas. Penari lelaki juga melibatkan diri dalam tarian tradisional ini.
Terdapat dua bahagian utama dalam tarian bharathanatyam iaitu nrita dan nrityaNritta merujuk pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam usaha menunjukkan kehebatan dan kemampuan membuat persembahan bharathanatyam.

Manakala, bahagian nritya adalah bahagian “cerita” di mana penari menjadi “pencerita” yang akan menyampaikan sebuah kisah kepada para penoton melalui gerak - geri (abhinaya) penuh ekspersif tanpa suara. Kisah akan disampaikan melalui lagu yang dinyanyikan oleh seorang vokalis wanita.

Abinaya yang digunakan oleh penari bharathanatyam, termasuk mukhabinaya (ekspersi muka), hastabinaya(ekspersi tangan; mudra), netrabinaya (ekspresi mata) dan angikaabhinaya (gerak- geri seluruh badan).

Pergerakan penari adalah secara semetrikal; iaitu apabila suatu aksi dilakukan pada sebelah kanan, maka aksi yang sama akan dilakukan pada sebelah kiri. Penari bharathanatyam juga mampu menggerakkan setiap bahagian anggotanya secara berasingan; misalnya hanya kepala atau digerakkan.
Image result for barang kemas bharatanatyam
BARANG KEMAS BHARATHANATYAM
Image result for RATHIMALAR GOVINDARAJOO
RATHIMALAR GOVINDARAJOO

Image result for Bharatanatyam
PAKAIAN BHARATHANATYAM


Seterusnya ialah Tarian Sumazau. 



Image result for TARIAN SUMAZAU



Perkataan Sumazau berasal daripada 'SAZAU' yang boleh dilihat berdasarkan tangan seseorang apabila menari.Tarian Sumazau diambil oleh orang zaman dahulu,daripada seekor burung helang semasa burung helang sedang terbang,Sumazau adalah tarian tradisional suku kaum kadazandusun.Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat pada ( Bambaazon ).

Keunikan pergerakan tapak kaki perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari.Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik.Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut paluan gong.Dengan 'Pangkis' dari penari lelaki biasanya, ini menandakan pertukaran corak tarian akan dilakukan.'Pangkis' dari penari lelaki akan lebih memeriahkan lagi suasana tarian ini.

Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serbah hitam dengan jalur kuning emas.. Penari perempuan memakai 'Tangkong','Tinggot' dan 'Himpogot'.Penari lelaki pula memakai 'Sigar'di kepala.Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong ataupun 'Togunggu'.

Akhir sekali, tarian yang berasal dari Sarawak iaitu Tarian Ngajat, 

Image result for TARIAN ngajat






 Tarian Ngajat sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang di tarikan ketika menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dulu ia ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.


      Penari akan memakai pakaian tradisional seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung adalah sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

     Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

    Satu lagi cara dan gerak tari tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

    Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
    Ngajat adalah antara tarian orang ulu yang begitu terkenal dewasa ini. Terdapat banyak jenis tarian Ngajat orang ulu, antaranya adalah tarian Ngajat solo,berpasangan dan Ngajat secara berama-ramai.

      Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak, tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada suatu waktu dulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.
      
Pahlawan lelaki mempamerkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir. 






RUJUKAN 

http://www.orangkelantan.com/asal-usul-mak-yong-di-kelantan.html

http://thechrysanthemumtea.blogspot.com/2014/01/chinese-fan-dance.html

https://www.openlearning.com/u/norhidayahbintimohamedrosli/blog/TarianKipas

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0505&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm

http://miszfarahsimplelife.blogspot.com/2012/10/tarian-tarian-yang-terdapat-di-malaysia.html?m=1

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/187tarian-dankesenian/1421-tarian-dan-kesenian.html